Graham Potter mengakui keperluan untuk segera membawa Chelsea keluar daripada prestasi mengecewakan apabila berkata: “jawatan jangka masa panjang tidak wujud dalam karier ini”.
Potter berada di bawah tekanan berikutan tempoh sukar ditempuhi The Blues biarpun berbelanja besar dalam jendela kedua musim ini apabila mencatat tiga keputusan seri Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut buat julung kalinya sejak 2012 selepas terikat 1-1 dengan West Ham, Sabtu lalu.
Chelsea hanya menang sekali daripada lapan perlawanan sejak awal tahun ini sementara pentas Liga Juara-Juara (UCL) kini menjadi peluang tunggal mereka untuk mengelak daripada mengakhiri musim ini tanpa trofi.
Bakal membuat kunjungan ke Borussia Dortmund untuk perlawanan pertama pusingan 16 awal pagi Khamis ini, Potter sedar mengenai kepentingan mengubah senario di Stamford Bridge.
“Anda tidak boleh bercakap mengenai jawatan jangka panjang memandangkan ia tidak wujud dalam pekerjaan ini,” katanya kepada pemberita.
Tomas Soucek. https://t.co/1jdH2D5SLM pic.twitter.com/WfENv2lQv1
— Chelsea FC (@ChelseaFC) February 11, 2023
“Anda perlu akur dengan projek jangka masa panjang tetapi ada juga untuk jangka masa singkat dan sederhana yang mencabar bagi kami daripada segi meraih keputusan.
“Pemain berpengalaman sedar apa yang telah kami lalui. mereka adalah beberapa pemain profesional terkemuka yang tahu selok belok tentang bola sepak.
“Walaupun orang di luar sana mungkin mempunyai pendapat tersendiri, pemain berpengalaman ini pernah melaluinya selain menyedari cabaran yang sedang kami hadapi.
“Mereka tahu situasi yang pernah dialami kelab ini dan apa yang terjadi.
“Jadi ia adalah tentang usaha membantu mereka melaluinya, kekecewaan sememangnya tidak dapat dielakkan kerana mereka mahu menang.
“Kami perlu lakukannya dan begitu juga penyokong. Di situlah cabarannya.”
Source: stadiumastro.com