Chelsea berada di landasan yang betul di bawah kendalian Graham Potter, kata Enzo Fernandez selepas mereka mengesah
Gol daripada Raheem Sterling dan Kai Havertz membantu mereka bangkit daripada ketinggalan defisit jaringan perlawanan pertama untuk The Blues untuk memastikan kemenangan 2-0 semalam di Stamford Bridge dan kemenangan agregat 2-1.
Selepas beberapa bulan yang mengecewakan untuk Potter yang menyaksikan bekas bos Brighton and Hove Albion itu menghadapi tekanan yang semakin meningkat, keputusan itu menandakan kemenangan berturut-turut buat kali pertama pada 2023.
Dengan peningkatan ini, Fernandez berasakan kelab itu menuju ke arah yang betul di bawah pengendali kelahiran England itu, dan berkata mereka mesti kekal dengannya.
“Kami akan kekal di laluan ini, dan kami terus berharap keadaan akan terus bertambah baik,” kata Fernandez.
“Ia adalah rancangan hebat daripada jurulatih kami untuk perlawanan itu. Kami mempunyai kepercayaan bahawa pasukan boleh melakukannya.
“Kami mempunyai lebih pemain yang telah berusaha keras untuk pasukan sehingga hari ini dab kami perlu meneruskan dan mengikuti rancangan yang telah ditetapkan.”
source: stadiumastro.com