Kad merah pemain yang membuat penampilan sulung bersama Chelsea, Joao Felix, terbukti menghukum The Blues apabila Carlos Vinicius membantu Fulham melakar kemenangan 2-1 sekaligus menambah tekanan buat ketua jurulatih Graham Potter.
Joao Felix diturunkan dalam kesebelasan utama Chelsea, sehari selepas menyertai kelab secara pinjaman dari Atletico Madrid, dan melakukan terjahan keras ke arah Kenny Tete sebelum perlawanan melewati 60 minit waktu permainan.
Chelsea telah bangkit menyamakan kedudukan selepas jaringan jarak dekat Kalidou Koulibaly membatalkan jaringan pembukaan bekas pemain Blues, Willian di Craven Cottage.
Fulham tanpa penjaring gol terbanyak pasukan, Aleksandar Mitrovic, namun Carlos Vinicius berjaya menanduk masuk gol Fulham pada minit ke-73 sekaligus menghadirkan kemenangan yang cukup ganjil dan memberikan kekalahan keenam Chelsea daripada lapan perlawanan.
Souerce: stadiumastro.com