Kegagalan penyerang utama kedua-dua pasukan menjaringkan gol telah menjadikan perlawanan di antara Liverpool dan Chelsea itu semalam suram dan tidak seperti diharapkan oleh kedua-dua penyokong mereka.
Walaupun daripada statistik rekod pertemuan kedua-kedua pasukan sebelum ini kebanyakannya berkeputusan seri, semalamlah peluang terbaik untuk mereka bangkit daripada prestasi yang kurang memberansangkan musim ini, namun ia masih sama.
Walaupun bermain di Stadium Anfield. anak didik Jurgen Klopp hanya menguasai 48 peratus permainan berbanding dengan The Blues.
Dengan statistik peratusan permainan itu, kita boleh melihat bagaimana tahap keberkesanan yang dimainkan oleh pemain-pemain tengah The Reds yang amat kurang efektif dan kreativiti.
Dengan mempetaruhkan Stefan Bajcetic, yang baru berusia 18 tahun, sebagai perancang tengah utama, itu tidak banyak memberi kelebihan kepada The Reds dan berdasarkan statistik peribadi pemain berasal dari Sepanyol itu, dia hanya berjaya mencipta satu jaringan dan tiada umpanan yang dilakukan dari empat perlawanan yang diturunkan.
Walaupun dibantu oleh pemain-pemain berpengalaman seperti Thiago Alcantara, namun pemain itu juga tiada rekod umpanan yang menghasilkan jaringan dilakukannya musim ini.
Dengan kekurangan umpanan yang kreatif daripada bahagian midfield itu, ia menyebabkan agak sukar kepada pemain-pemain hadapan seperti Mohamed Salah, Harvey Elliot, Cody Gakpo dan Darwin Nunez.
Walaupun Salah merupakan penjaring terbanyak The Reds musim lalu, tetapi musim ini, dia masih lagi sukar untuk mempamerkan prestasi sebenar dirinya.
Mungkin ia desbabkan faktor kurang kreatif pemain-pemain midfield serta ketiadaan Roberto Firmino, yang masih mengalami kecerderaan, atau pasangannya, iaitu Sadio Mane, yang telah meninggalkan The Reds, kerana semua peminat tahu gandingan ketiga-tiga ini amat ditakuti pertahanan lawan.
Jika permasalahan ini tidak dapat diatasi dengan segera oleh Klopp, pengendali Liverpool itu ia sudah pasti akan memberikan tekanan kepada dirinya kerana peminat-peminat The Reds mengharapkan kelab kesayangan mereka itu mampu mencari slot ke Liga Eropah.
Walaupun musim ini boleh dikategorikan tahun transisi pemain-pemain muda yang diperkenalkan Klopp untuk masa hadapan The Reds, namun peminat-peminat masih mengharapkan satu kejayaan daripada pasukan bimbingannya. Mereka tidak mahu melihat pasukan mereka berada di kedudukan tengah-tengah liga kerana dengan reputasi yang gah selama ini, ia perlu dikekalkan dan permasalahan kreativiti dan ketajaman penyudah perlu diatasi segera supaya The Reds dapat mengubah yang lebih baik dalam pusingan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL).
Source: stadiumastro.com