London: Frank Lampard berkata kegagalan di Everton akan menjadikan dia bertambah kuat dan tekad kembali untuk membuktikan kemampuannya di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Bekas bintang Chelsea dan legenda England itu dipecat kelmarin selepas beberapa keputusan buruk yang menyaksikan kelab Merseyside terbabit terperosok di tangga kedua tercorot liga.
Tetapi menurut laporan, Lampard tidak akan berdiam diri dan berusaha kembali dengan menjadikan karier di luar negara langkah seterusnya.
Sumber berkata: “Frank sangat kecewa dengan apa yang berlaku di Everton. Dia sayang kelab, penyokong dan mahu melonjak kedudukan Everton.
“Dia bekerja keras mencapainya. Namun dia akur dengan kegagalannya tetapi pada masa sama dia yakin kekecewaan dan pengalamannya itu akan menjadikan dia lebih kuat sebagai pengurus.”
“Dia 100% memandang masa depan. Dia akan bercuti, melihat kembali apa yang berlaku tetapi kembali tidak lama lagi.
“Perpindahan ke tempat lain sama ada Sepanyol, Belanda, Jerman atau Amerika Syarikat berada dalam fikirannya. Dia perlukan angin baharu untuk kembali bangkit.”
Source: hmetro.com.my