Luis Enrique dan Zinedine Zidane, kedua-duanya sedang dalam pertimbangan untuk menjadi pengurus baharu Chelsea, itu menurut laporan.
Pengurus Chelsea, Graham Potter, baru sahaja dilantik pada bulan September yang lalu tetapi berada di bawah tekanan memandangkan Chelsea melalui prestasi yang buruk setakat musim ini.
Kelab Barat London itu – yang telah membelanjakan lebih 600 juta untuk menandatangani pemain baharu sejak musim panas yang lalu – hanya berjaya memenangi 1 dari 11 perlawanan terakhir yang telah mereka mainkan dalam semua kejohanan.
Chelsea ketika ini menduduki tangga ke-10 dalam carta Liga, 14 mata di belakang pasukan di tangga ke-4, Tottenham Hotspur, yang berjaya mengalahkan The Blues 2-0 pada Ahad lalu.
Mereka juga tersingkir awal dalam kejohanan domestik sementara dalam saingan Liga Juara-juara, mereka tewas 1-0 dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati kepada Borussia Dortmund.
Pihak atasan Chelsea sentiasa memberi sokongan kepada Potter meskipun selepas perjumpaan mereka baru-baru ini untuk membincangkan tentang prestasi buruk kelab tersebut, namun sejak itu mereka sekarang ini sudah mula menunjukkan keraguan.
Para peminat dan sesetengah pundit telah menggesa The Blues untuk memecat pengurus tersebut, dengan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho, dikatakan calon untuk menguruskan kelab itu untuk kali ke-3.
Enrique dan Zidane sekarang ini adalah nama terbaru yang dikaitkan dengan tugas itu di Chelsea dan menurut media Sepanyol, Sport, kedua-dua individu itu berada dalam pertimbangan untuk menggantikan Potter.
Enrique baru-baru ini menguruskan pasukan kebangsaan Sepanyol tetapi telah meletak jawatan selepas kegagalan mereka dalam kejohanan Piala Dunia 2022 di Qatar.
Dia menguruskan Barcelona bermula tahun 2014 hingga 2017, membantu kelab Catalan itu untuk memenangi 2 kejuaraan La Liga, Liga Juara-juara dan 3 trofi Copa del Rey.
Zidane tidak mempunyai sebarang pekerjaan sejak meletak jawatan sebagai pengurus Real Madrid pada tahun 2021 – di mana dia berjaya membantu kelab itu memenangi 3 trofi Liga Juara-juara berturut-turut dan 2 trofi La Liga.
Kedua-dua pengurus itu juga telah dikaitkan untuk dilantik menjadi jurulatih skuad kebangsaan Brazil, namun Enrique ketika ini dipercayai tidak lagi berada dalam senarai itu.
Persatuan Bola Sepak Brazil (CBF) dilaporkan berminat untuk melantik Carlo Ancelotti.
Source: majalahsukan.com