Cody Gakpo mengakui gagal menampilkan permainan yang terbaik ketika debut bersama Liverpool, namun berasakan dapat meningkatkan lagi mutu persembahannya dalam beberapa minggu akan datang.
Bintang kelahiran Belanda itu membuat penampilan pertama buat The Reds sejak tiba dari PSV ketika seri 2-2 dengan Wolves dalam aksi Piala FA semalam.
Bagaimanapun, dia dinafikan satu bantuan jaringan apabila hantarannya berjaya ditanduk keluar Toti, sebelum Gakpo melakukan lorongan buat jaringan Mohamed Salah untuk meledak gol kedua pasukannya.
Di sebalik persembahan yang dipamerkan, ia kelihatan seperti perlawanan yang suram buat pemain itu, dan Gakpo telah mengenal pasti memiliki ruang untuk diperbaiki.
“[Ia adalah] suasana yang sangat hebat,” katanya kepada laman web rasmi kelab. “Untuk permainan saya sendiri, saya rasa saya menunjukkan beberapa peluang yang baik.”
Namun mengakui saya juga turut lalai dalam beberapa insiden. Saya masih boleh memperbaikinya dan terus bekerja dan cuba membantu pasukan sebaik mungkin.
“Sudah tentu, anda paling banyak belajar apabila anda bermain, jadi saya tidak sabar-sabar [untuk lebih banyak lagi] untuk perlawanan berikutnya.”
Jaringan daripada Goncalo Guedes dan Hwang Hee-chan memastikan Liverpool bakal berdepan perlawanan ulangan di Molineux selepas mereka terikat 2-2 dengan skuad kendalian Julen Lopetegui di Anfield.
The Reds mendominasi permainan, namun jaringan Salah dan Darwin Nunez tidak cukup untuk membawa mereka ke pusingan keempat.
Source: stadiumastro.com