London: Steven Gerrard dilaporkan dalam proses rundingan untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan Poland.
Poland berpisah dengan Czeslaw Michniewicz bulan lalu selepas kekalahan 1-3 kepada Perancis pada pusingan 16 Piala Dunia.
Penyokong kecewa dengan prestasi Poland di Qatar yang hanya mampu menjaringkan tiga gol walaupun mempunyai Robert Lewandowski di bahagian depan.
FA Poland sudah pun menghubungi Gerrard berkaitan kekosongan jawatan pengurus.
Antara nama lain turut tersenarai ialah Roberto Martinez yang menjadi pengurus Portugal kelmarin selepas dipecat Belgium.
Herve Renard, pengurus Arab Saudi yang mencipta kejutan selepas menewaskan juara Piala Dunia Argentina 2-1 turut dalam pertimbangan.
Jika mengambil alih tugas di Poland, dia akan bersatu kembali dengan bintang Villa, Matty Cash. Pemain pertahanan itu tampil kali pertama untuk Poland pada 2021 selepas memohon pasport negara itu.
Gerrard memulakan karier pengurusnya bersama gergasi Liga Perdana Scotland, Rangers pada 2018 selepas mengendalikan skuad B-18 dan B-19 Liverpool.
Source: hmetro.com.my